Pengalaman telah mengajar aku tentang cinta yang sebenar-benarnya. Iya. Memang sudah terang lagi bersuluh. Ternyata kecantikan luaran seseorang tidak mampu memenangi sekeping hati.
Mungkin kau kacak, mungkin kau naif, mungkin kau pemalu. Mungkin kau punya kemewahan. Semua pada luaranmu yang sempurna dapat menarik ramai perhatian gadis-gadis di luar sana.
Tapi maafkan ku sayang,
hati kecil ku ini tidak mampu kau jaga dengan sebaiknya. Hati kecil ku ini tidak mampu bahagia atas luaranmu sahaja.
Maafkan ku sayang,
Hati ini memerlukan tempat mengadu, tempat bermanja yang dapat menerima diri ini seadanya. Hanya mereka yang telah lama denganku dapat melayan kerenah dan telatah ku dengan sebaik mungkin.
Ketiadaan ku pada hari-harimu, tidak pernah kau keluh kan. Kau buat aku tidak bermakna sama ada aku ada disisimu ataupun tiada. Apa guna hubungan yang dibina jika tidak ada perasaan kasih dan sayang dari hati yang ikhlas.
Maafkan aku sayang,

Mungkin sudah tiba masanya, untuk aku membuat kata putus bagi hubungan kita yang telah gantung tidak bertali ini. Apa guna diteruskan lagi jika tiada serius di hati.
Terima kasih atas segalanya. Maafkan aku sayang. Mungkin semua yang berlaku, ada hikmah disebaliknya.
Terima kasih atas segalanya. Maafkan aku sayang. Mungkin semua yang berlaku, ada hikmah disebaliknya.
#inilah dunia yang sebenarnya.
No comments:
Post a Comment