Me, My Mine ;D

My photo
A young fussylicious debator who living life. Malaysian, 21. Welcome to my station.

Sunday 10 February 2013

ARAH TUJU YANG PASTI!!!

OKAY~

sejak masih memejam celikkan mata pada tahun 2013 ini, banyak perkara yang aku telah aturkan dalam hidup aku ni, sama ada perancangan masa pendek dan juga perancangan masa hadapan.

First thing first,
InsyaAllah, tanpa apa-apa halangan dan izin Allah swt, aku akan habiskan diploma aku pada bulan 4 ini. Lepas habis diploma, sepanjang cuti tu, aku mcm biasa, wajib tolong ibu meniaga. Hanya dlm masa itu je aku dapat meringankan beban ibu n abah. Pertolongan yg aku hulurkan adalah tanggungjawab aku, dan pertolongan aku ini x mampu nak balas sikit pun jasa diorang membesarkan aku.

Aku kian sedar akan kekhilafan dan kealpaan aku mengejar keseronokkan di duniawi ini. Mungkin itulah yang dinamakan remaja, sifat ingin mencuba yang terlampau tinggi dan akhirnya memakan diri.

InsyaAllah, aku mahu tinggalkan segala perkara yang aku pernah lakukan dulu untuk menjadi anak yang baik dan menjaga nama dan maruah keluarga serta mencuba sehabis baik menjadi hamba Allah yang sedar akan tanggungjawab sebagai seorang hamba yang beragama ISLAM.

okay, habis melalut, pendek cerita mcm ni laa, lepas diploma, aku nak sambung degree. Aku nak buktikan dekat ibu abah even result SPM aku kurang memberangsangkan, aku masih boleh berjaya dekat alam UNIVERSITI ni.

Aku percaya pada satu perkara, kalau kita ikhlas buat sesuatu perkara tu dan kerana Allah Taala, Allah akan membantu memudahkan urusan kita di dunia dan akhirat kelak. Rezeki masing-masing semuanya terletak pada Allah, kita sebagai hambaNya kena laa jugak berusaha untuk mendapatkannya dgn cara yang halal. Itu yang penting!.

InsyaAllah

No comments:

Post a Comment